Wednesday, January 11, 2012

Tertib

Tertib dalam melaksanakan kerja memerlukan akal fikir yang kritis, kritikal dan hal ini amatlah penting agar tidak berlaku kesilapan mudah akibat terlepas pandang. Pegawai eksekutif dan aku baru sahaja terlepas pandang satu perkara ketika melaksanakan TNA. Kami sudah sehabis tertib menghalusi situasi dan melaksana tindakan, namun kegagalan berkomunikasi dengan baik menyebabkan masing-masing tidak mencerna keperluan dan kehendak situasi dengan betul.

Tertib komunikasi antara bos dan anak buah. Puas berfikir, adakah imejku yang serius menggerunkan anak-anak buahku? Cubaan menjadi bos yang tenang (COOL) telah tidak menjadi nampaknya. Susahnya hendak membina semula persepsi selain yang telah tertanam dalam minda stafku iaitu bosnya seorang yang garang.

Tertib, maksudnya teratur. Teratur hanya datang dalam keadaan tenang.

Maka azam kedua selepas tidak mahu marah-marah. Aku mahu jadi tertib dalam ertika tenang (COOL). Doakan rakan-rakanku, agar aku berjaya!

3 comments:

  1. InsyaAllah boleh....

    nak tukar pandangan anak buah, dari seorang ketua yang garang kepada cool... senang je...mulakan dengan senyuman, lepas tu sapaan, lepas tu....hmmmm.. lepas tu apa eh? he he;)

    ReplyDelete
  2. Tertib...menunujukkan peri laku yang budiman.

    ReplyDelete