Tiada kata atau pernyataan hidup di tengah-tengah dalam melaksana kerja dan tanggungjawab sebagai unicorn. Kalau tidak mahu malas, jadilah insan yang rajin. Banyak untungnya rajin. Rajin bertanya, tidak sesat jalan. Rajin beramah mesra, ramai kawan. Rajin membaca banyak pengetahuan.
Rajin datang awal ke pejabat, banyak kerja dapat diselesaikan. Rajin menulis, banyak ingatan. Rajin menyinta, banyak saudara. Segalanya kerana perbuatan diri yang disifatkan oleh kata rajin maka sampai malam pun buat kerja.
Rajin bukan pilihan dalam ertikata seorang pegawai yang ditekan kiri, kanan, atas,bawah, depan belakang. Azam 2012 aku apa? Mahu jadi insan yang rajin dalam segala hal. Bukan insan yang malas. (Punyalah tidak bertepi azam). Macam mana mahu ukur? ha!ha!ha!
*Hari ini tunggang motorsikal ke pejabat kerana tidak rajin untuk berebut petak parkir akibat sistem "first come first serve". Ya, aku pegawai yang tidak rajin untuk datang awal WP 1 kerana setiap hari aku pulang tidak pernah tepat jam 5.30, 7.00 malam paling awal rasanya!
Aliff,
ReplyDeleteKalah orang keje private ni...paling lambat pun pukul 6 kitaorang balik!;)
Afida,
ReplyDeleteSiapa kata kerja kerajaan mudah? Gaji sekadarnya, beban besar sebab bersumpah demi agama, bangsa dan negara. Kalau kerja swasta, gaji mahal, kerja ikut tarikh 'dateline' dan sumpah taat setia kepada syarikat aja..
Setakat balik kerja pukul 7.00 malam? Tidak ada masalah!