Kuliah abah di blognya hari ini menyentap rasa. Bangga dan budi. Abah menyatakan kalau kita bangga (proud) dengan pangkat dan harta, sesungguhnya semua itu majazi (sementara).
Puan Adilah datang berbual dengan aku di pejabat pagi ini. Cerita padanya budi bos senyum ketawa. Mendidik kami menjadi insan dengan ayat "dunia itu penjara bagi mukmin".
Aku rasa aku banyak sangat kurang berbanding orang lain di pejabat ini. Din sudah mula mengedar surat berkursus, sedang aku masih bergelut dengan maklumat dan data. Pegawai eksekutif pun masih dalam peringkat latihan. Menunggu segala arahan dari aku.
Operasi dan dasar. Segalanya aku kena jaga. Adakah aku melaksanakan tanggungjawab ini penuh dengan rasa bangga? Bangga kerana berkhidmat untuk negara? Sebenar perasaan bangga menjadi unicorn sudah lama terhapus. Sejak diperkotak-katikkan oleh unicorn-unicorn jua. Kelompok elit konon! Namun cakap dan perbuatan tidak serupa!
Bangga sebagai insan yang masih berpegang pada prinsip sahajalah yang aku ada kini. Bangga sekelumit itulah yang menopang diri. Mengagahkan hati untuk menongkah segala kesulitan bertugas di kementerian ini. Umpamanya cawan, ada plastik, ada kaca, ada kristal, ada buluh, ada kayu ada seramik. Semua itu hanyalah bekas. Isinya air. Menghilangkan dahaga.
Bersabarlah Aliff dengan bangga kerana masih berpegang pada prinsip hidup! Biarpun kamu terbuang, kamu masih bermaruah!
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTeruskan berpegang dengan prinsip tuan. Semoga dengannya maruah tetap terpelihara, Insya Allah.
Salam ukhuwwah.
Ashrafi,
ReplyDeleteTerima kasih tuan, bak kata Pendita Za'aba, perangai bergantung kepada diri sendiri.
InsyaALLAH selagi mampu, saya akan kekal dengan prinsip hidup.
Aliff,
ReplyDeleteAlhamdulillah... semoga istiqamah dengan prinsipnya. Semoga sukses dunia akhirat, insyaAllah..
Kata Aliff:
ReplyDeleteBersabarlah Aliff dengan bangga kerana masih berpegang pada prinsip hidup! Biarpun kamu terbuang, kamu masih bermaruah!
Kata ckLah:
Sama...
Afida,
ReplyDeleteIstiqamah datang bersamanya tawakkal. Semoga dipermudahkan Allah SWT, insyaAllah.
CkLah,
Mudah-mudah kita kekal menjadi hambaNya yang kenal Tuhan!