Malam tadi, kami bekas staf bos senyum ketawa makan nasi ayam di rumah beliau. Ada cucur udang, ada mee bakso buatan pembantu rumahnya. Ada kek coklat lembut beraiskrim aku dan Eja sedekah. Meraikan perpisahan bos senyum ketawa dengan kami di rumahnya sendiri. Ada khat yang dikumpul wangnya dari semua staff buat kenang-kenangan bos senyum ketawa gantung dirumahnya.
Aku tidak makan. Layan sakit kepala. Berbinar mata. Rasa hendak muntah. Oh. Aku lupa aku deman sejak pagi. Hari semalam kesibukkannya bukan kepalang. Mula dari pagi aku sibuk bertaklimat sehinggalah ke petang. Sudahnya di rumah bos senyum ketawa pada akhir majlis aku terlelap di kerusi di ruang tamunya.
Bos senyum ketawa tanya pada Eja, "Kenapa dia ni?". "Doman bos." Ringkas jawab Eja. "Eh Lip, jom balik." Eja kejutkan aku. Bos senyum ketawa cakap " Alahai, takkanlah dah doman. Tahan la sikit." Aku senyum sahaja. Aku hilang segala patah kata.
Aku letih bos. Terlalu letih. Aku rindu dengan bos. Aku rindu hendak kerja bersama bos semula. Namun jauh panggang dari api dan tugasan di jabatan ini semakin membunuh jiwaku. Secara perlahan-lahan bos.
Waktu pulang isteri bos bekalkan aku nasi ayam. Aku usap kepala Muhammad yang bakal masuk tadika tahun 2012. Aku terasa hendak muntah dan badan seram sejuk. Pening kepala menusuk-nusuk semula. Eja memandu kereta hantar aku balik.
Tak pasai-pasai sakit kepala dapat nama nasi ayam sakit kepala...he he
ReplyDeleteAliff, musim demam kut la ni. Jangan lupa minum ayaq suam banyak2 naa..
Afida,
ReplyDeleteAlhamdulillah hari ini Alif sudah sihat. Pening kepala dua hari sudah hilang. Syukur.