Memohon kemudahan dariMu
Pagi ini parkirku yang sentiasa ada
Telah diambil orang
Begitulah hidup
Nyawaku jua pinjamMu
Sukar dan mudah
Segalanya Engkau Ya Rahman
Menentukan
Payah dan sulit
Segalanya percaturan
Agar lebih mengingatkan diri
Akan dunia ibarat air laut
Moga - moga sempat meraup
Segala pahala sebelum pintu amalan
Tertutup
Nurkilan
Alif Muhammad Noor
Unicorn Tidak Bertaring
* Menjadi pegawai jua susah dan rusuh.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSabar tuan, sabar... :)
Salam ukhuwwah.
semuo nye ketentuan Allah...
ReplyDeleteYa Allah kurniakanlah kepada kami kemudahan dalam setiap pekerjaan dan jauhkanlah kami dari kehinaan di dunia dan akhirat... Aaminn, ya Rabbal alaminn....
ReplyDeleteAshrafi,
ReplyDeleteSabar itu sebahagian dari imam, kerana itulah doa dipanjatkan. Masih, hari mendatang merusuhkan hati, kena tukar waktu kerja ke WP1.
Papa Mifz,
Benar, dengan sistem parkir terbuka ada undang-undang tidak tertulis iaitu perebutan. Maka ketentuan Allah SWT jualah yang meringinkan.
Afida,
Amin. Terima kasih atas doamu sahabatku.