Kabarkan padaku
Berapa engkau mahu bayaran
Atas sebuah memori
Dalam lewat persahabatan?
Sebungkal emas perak
Segedung pitis
Atau setempayan
Air mata?
Biar aku bayar
Biar aku golok gadai
Biar melarat
Kalau itu ukuranmu
Namun
Tertancapnya memori
Indah kenangan
Masakan
Dapat kau kekalkan
Atas bayaran bernama
Keikhlasan
Dulu kau tanya
Kini kau masih tanya
Apakah kau
Masih suka
Meletak nilai pada
Satu-satunya harta
Yang bermain diminda?
p/s: I'm nothing but a fool..........
Nurkilan,
Aliff Muhammad
Glenmarie
Petit déjeuner at the Château de Boucéel
4 beberapa jam yang lalu

5 comments:
susah nk carik kwn yg bebetol kita bole buat kwn dunia akhirat,nak2 atas dasar IKHLAS..mmg susah..
Ayin,
Itulah yang aku rasa sekarang ni. Insan itu... Kenapa tak ikhlas terima aku seadanya?
Aku pernah tumbang kerana kata-katanya. Terduduk. Kenapa hari ini muncul dan masih mahu menyakiti?
Salam,
Datang menziarah anda dari blog Muha...saja nak kepo2 hehehe...jangan marah ya nak!
salam aliff,
sabar ya... kdg2 ada org yg tak sedar yg dia cr dah ada dpn mata... doa byk2...moga dia akan sdr n brubah... :)
p/s: dah cuba sms, tp asyik pending... ini number nya kan, 0192755246?
Muha,
Nombor itu betul, cuma HP saya terpadam dengan sendirinya pada hari Muha sms. Nanti petang ini, habis waktu bekerja saya poskan.
Puan CT,
Selamat datang. Welcome. :). Tidak apa. Ini teratak minda terbuka untuk semua.
Catat Ulasan